Wednesday, October 13, 2010

Profil PSS SK Jelutong Barat

PENGENALAN :
Mula ditubuhkan : 1990
Keluasan : 5 bay
Nama Guru Besar : Puan Nasriah Bt Othman
Nama Guru Perpustakaan dan Media : Cik Anita Naim
Visi : Membudayakan ilmu dan teknologi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Misi : Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat
Moto : Pusat Sumber Sekolah ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu

Matlamat :
  1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
  2. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin supaya dapat memainkan peranan positif
    di dalam masyarakat.
Objektif :
  1. Menyediakan sumber bagi kemudahan guru dan murid
  2. Meningkatkan profesionalisme guru
  3. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran
  4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat

Perkhidmatan

  • Pinjaman dan Pemulangan buku
  • Membuat Kad      
  • Pinjaman Radio
  • Bank Soalan
  • Membalut Buku
  • Mencetak
  • Laminating
  • Binding 

Koleksi & Galeri





Visi dan Misi

Visi

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat  penyumbang pembentukan pelajar gemilang.

Misi

Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui;
  • Memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik,
  • Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan,
  • Menyemai budaya membaca yang berterusan di kalangan pelajar.

Ikrar PSS

BAHAWASANYA KAMI
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT

BERJANJI DAN BERIKRAR
AKAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KAMI
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
AMANAH DAN BERDEDIKASI.

KAMI BERJANJI AKAN BERUSAHA
MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN
DEMI MEMASTIKAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.

KAMI JUGA BERJANJI
AKAN MENJAGA
NAMA BAIK PUSAT SUMBER SEKOLAH,
BERDASARKAN
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA.